Wednesday, May 4, 2011
kuatnya lelaki itu
tatkala aku lihat perbualannya di telefon sebentar tadi semakin rancak. aku sudah dpt mengagak suami isteri itu bergaduh lagi, kali ini lebih aggresif. klu dlm strategic management kira berada ditahap yg sangat kritkal la. menunggu masa untuk pembubaran, jual separuh atau mengurangkan. kembali kepada cerita aku td, semakin rancak perbualan mereka. semakin banyak yg dipersoalkan. aku tidak mengerti apa puncanya, nak kata nafkah xbagi mungkin tidak. xbeli susu dan lampin pakai buang anak2 tidak juga, kerana apa, mereka belum mempunyai anak2 lagi. akal fikiran warasku ini kuat sekali mengatakan mereka bergaduh lagi kerana hal-hal remeh temeh mcm biasa. baru pagi tadi aku bangun dari tidur dn melihat ke talefon bimbitku, sisuami menghantar pesanan ringkas kepadaku mengatakan, "good morning sayang, i love you". apa ka bingung budak ini, aku ingatkan cewek mana yg menghantar pesanan serupa itu. ahh syg sekali. berputih mata sebentar. rupanya sisuami masih kabur2 lalu terhantar pesanan itu kepadaku, dlm hati aku sudah tergelak sakan membaca pesanan itu. kalaulh cewek manis yg menghantar xpa jugak, mimpi indah la aku mlm nanti. hahah setelah perbualan yg penuh dgn tengkingan mahu membela diri dari kedua pihak, si suami semakin panas. tetapi sedikit pn airmatanya tidak kulihat jatuh berciciran menghinggap kepipinya. sayangnya sisuami pada si isteri sungguh kuat hinggakn sedikitpn dia tidak melayan perempuan-perempuan baik yg comel mahupun hangat diluar sana. aku tahu dia sangat setia kerana apa die selalu berangan-angan dia akan sehidup semati dgn isteri kesayangannya itu. itu semua kuasa tuhan aku cuma mendoakan yang terbaik untuknya. perhubungan mereka yg sudah mencecah 2tahun lebih semenjak dari bangku persekolahan itu kadangkala ada baiknya bagi aku. mungkin kadagkala bingit teliga aku mendengar perbualan mereka. kadagkala geli gelaman aku ada juga, xapalah itu lain cerita tolak tepi. hal dia, asal dia xmenyusahkan hidup seharian aku sudah. akhirnya perbualan yang panas itu berakhir apabila sisuami dengan selamba menghempaskan telefon bimbitnya kelantai. kuatnya lelaki itu kan? kali ini betul-betul kuat mengikut perkiraan aku. sebelum ini pernah juga tp dlm keadaan yg kurang. tetapi kali ini hampir berkecai telefon itu. sisuami pasrah dan trs mengempaskn badannya keatas tilam yg empuk itu lalu tidur. mungkin letih kerana baru menghabiskan peperiksaanya yg terakhir ptg tadi ditambah dengan pergaduhan yg berlaku antara mereka. kesudahnnya aku masih menantikan apa yg bakal terjadi antara mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
terbaik. heh. :)
Post a Comment